Tuesday 2 July 2013

Cheese Tart


Cheese tart ini aku buat untuk bawa balik kampung masa perkawinan Iman, Kulit tart tu kerana kesuntukan masa terpaksa tempah kat Ellie towkay cupcake. Ye le dah tua2 ni tak larat nak duduk berjam-jam mengentel kulit tart, Kalau mami cuti boleh juga suruh dia tolong buat, Suruh orang buat pun okay juga cuma mahal sikit la,

Yang purple baru belajar nak buat bunga. Hodoh rupanya. Itu first batch yang aku buat. Aku sedekahkan kat neighbour dan sama pulangkan bekas2 dia orang. Selebihnya untuk makan dan juga untuk dirah bawa pergi kuantan . Dia di hantar berkursus selama 4 hari, Boleh le buat makan2 dengan kekawan dia.
Di sini aku bagi resepinya.


Blueberry Cheese Tart
Bahan Kulit

125 g Butter
63   g gula halus
1 biji kuning telor
250 g tepong serbguna (aku guna tepong gandum)
1      sudu besar air
0.5   sudu teh esen vanila
Cara
1. Pukul butter, gula dan esen vanilla hingga sebati. Masukan kuning telor dan air dan pukul 1 or minit.
2. Masuk tepong dan gaul hingga sebati. Masukan adunan dalam plastic dan rehatkan dalam petisejuk dalam
    10 min.
3, Tekan adunan dalam acuan dan bakar 20 min.


Inti Cheese Tart

Bahan

250 g cream cheese
20   g butter
60    g gula halus
1      biji telor

Cara
1. Pukul cheese, butter dan gula hingga sebati dan ringan.
2. Masukan telor dan pukul hingga sebati
3. Masukkan inti kelam kulit tart
4, Bakar pada suhu 180 C untuk 10 min

Nota:
Kalau suka boleh bubuh jem dulu sebelum taruh inti.
Lukisan itu bole buat macam2.


No comments:

Post a Comment