Thursday 4 July 2013

Sphagetti Daging


Sphagetti Daging

1 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 tin tomato puri (  1 botol sos sphagetti kimball original --lagi senang)
500 g daging kisar
 1 sudu bear serbuk Oregano
2 sudu besar minyak makan
0.5 botol cili sos bib ijah ( sos cili lain pun boleh)
secukup rasa garam
serbuk perasa secukup rasa
sans remo sphagetti -  di rebus hga lembut

Cara:

1) Panaskan minyak 
2) Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingg naik bau.
3) Tumiskan daging hingga masak
4) Masukan sos tomato puri dan cili sos dan tambahkan air
5) Masukan serbuk oegano.
6) Perasakan garam dan serbuk perasa.
7) Renehkan sekejap 


Tuesday 2 July 2013

Mini Muffin Oren Chockelat chip




Ini pun makanan yang di bawa balik kampung untuk perkahwinan iman foad. Ye le tak boleh balik awal untuk rewang jadi kena le bawa makanan ke or apa apa aje untuk saudara mara yang datang. Ini memang dah jadi tradisi  orang melayu especially yang kat kampung. kalau di bandar lain sikit sebab semuanya dah di outsource kan.

Aku lebih suka cara di kampung. Suasananya meriah dan siratulrahim lagi erat.  Tapi apa nak buat kalau duduk di bandar susah sikit. Niat hati memang nak buat macam di kampung tapi keadaan di bandar tak membolehkan. Ye le duduk jauh dari adik beradik dan saudara-mara, rumah pulak kecil dan jiran-jiran semua sibuk bekerja. Kawasan pulak tu memang le sempit. Jadi tak de pilihan . Kena buat kat dewan dan pakai katering. Memang itu yang akan ku buat untuk perkahwinan nadhirah dan hiadyah. Aku berdoa semuga Allah mempermudahkan segala urusanku untuk mendirikan 2 masjid sekali gus. Amin. Amin Ya Rabbal Alamin.

Ini Mini muffin oren chocklat chip. Sebenar aku cuma guna pre-mix Vanilla Muffin.  Kebetulan masa nak beli bahan nak buat muffin terjumpa pulak berbagai flavor muffin yang siap sedia (pre-mix). Ada chocklat, kiwi, strawberry dan vanilla. Fikir punya fikir beli vanilla flavor. Murah dan mudah. Balik rumah campur telor, air, minyak jagung, sunquick, parutan kulit limau dan chokelat chip. Gaul2, masukan ke acuan muffin dan bakar. Mula-mula nak hias muffin cantik-cantik tapi bila angin malas datang jadi le muffin bogel aje...




Muffin coklat Strawberry

Hari  ni terfikir nak buat muffin coklat . Ye le Dira nak bertunang 25 mei ni . So nak bagi Muffin or cupcakes untuk guest yang datang. Nak buat simple-simple aje. Semua nak buat sendiri. Kalau nak order pun bole tapi saja nak buat sendiri.

Hari ini google and jumpa le resepi ini kat blog yatiememories.blogspot.com (sinar Kehidupan ku). Thank you yatie dan halalkan resepi ia... Saya dah tukar resepi sikit-sikit...
.



Bahan2 nya:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu kecil soda bikarbonate
  • 3 sudu teh nescafe- ( saya letak 1 sudu teh saja)
  • sedikit garam
B
  • 2 cawan gula kastor (saya guna gula pasir biasa)
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair (atau susu segar) -(saya guna susu strawberry)
  • 3 biji telur
  • 1-2 sb oren sunquick * izah tambah
C
  • 3/4 cawan air panas

Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi.
  2. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
  3. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.
  4. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
  5. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit atau sehingga masak bergantung pada oven masing2 ya.
**Saya  buat 3 cara, ada yg isi dlm 1/2 cup muffin,ada yg 2/3 cup muffin dan ada yg 3/4 cup muffin. Bila dah masak cantik yg di isi 2/3 cup. Selamat Mencuba.



Cheese Tart


Cheese tart ini aku buat untuk bawa balik kampung masa perkawinan Iman, Kulit tart tu kerana kesuntukan masa terpaksa tempah kat Ellie towkay cupcake. Ye le dah tua2 ni tak larat nak duduk berjam-jam mengentel kulit tart, Kalau mami cuti boleh juga suruh dia tolong buat, Suruh orang buat pun okay juga cuma mahal sikit la,

Yang purple baru belajar nak buat bunga. Hodoh rupanya. Itu first batch yang aku buat. Aku sedekahkan kat neighbour dan sama pulangkan bekas2 dia orang. Selebihnya untuk makan dan juga untuk dirah bawa pergi kuantan . Dia di hantar berkursus selama 4 hari, Boleh le buat makan2 dengan kekawan dia.
Di sini aku bagi resepinya.


Blueberry Cheese Tart
Bahan Kulit

125 g Butter
63   g gula halus
1 biji kuning telor
250 g tepong serbguna (aku guna tepong gandum)
1      sudu besar air
0.5   sudu teh esen vanila
Cara
1. Pukul butter, gula dan esen vanilla hingga sebati. Masukan kuning telor dan air dan pukul 1 or minit.
2. Masuk tepong dan gaul hingga sebati. Masukan adunan dalam plastic dan rehatkan dalam petisejuk dalam
    10 min.
3, Tekan adunan dalam acuan dan bakar 20 min.


Inti Cheese Tart

Bahan

250 g cream cheese
20   g butter
60    g gula halus
1      biji telor

Cara
1. Pukul cheese, butter dan gula hingga sebati dan ringan.
2. Masukan telor dan pukul hingga sebati
3. Masukkan inti kelam kulit tart
4, Bakar pada suhu 180 C untuk 10 min

Nota:
Kalau suka boleh bubuh jem dulu sebelum taruh inti.
Lukisan itu bole buat macam2.