Wednesday 20 February 2013

cupcake pisang coklat chip

Assalamualaikum. Ari ni akak nak share resepi banana choc chips cup cake. Ni pun sebab ada kawan sama belajar kat surau Al-kausar seksyen 4 bagi. Itu yang untung nya pergi kelas mengaji ni banyak yang dapat. Ilmu dunia dan akhirat, kawan dan juga buah2an dan makanan. Banyak pulak tu. Kat rumah ada 5 penghuni rumah. 3 tak sempat nak makan jadi pisang tu pun bukan boleh simpan lama sangat.

So dari terbuang baik buat cupcake bagi kt jiran-jiran dan juga sedara yang dekat2 rumah.
Resepi saya amik dari yan's cottate http://yan-cottage.blogspot.com. So credit kat dia.

CUPCAKE PISANG COKLAT RICE

A   10 biji pisang mas
      3 biji telor
      1/2 cwn gula
      1 cwn minyak jagung
      1 sudu soda bicarbonat
      1 sudu baking powder
      secubit garam

B    2 cwn tepong gandum
       1/2  cawn choklat chip
       1/2 cwn susu pekat

Cara membuatnya

1. Masukan semua bahan A dalam blender dan kisar sampai halus.
2. Masukan susu pekat adn tepong dan kisar lagi hingga sebati.
3. Masukan kedalam bekas kemudian campurkan coklat chip dan gaul
4. Masukan kedalam mangkuk cup cake setengah sahaja.
5. Bakar dalam oven 150 c selama 10 min.








No comments:

Post a Comment